Analisis GOLD – Pelabur Lega Sekejap, Emas Tak Sambung Terjun

488

Pelabur sempat menarik nafas lega sebentar pada dagangan Rabu semalam ketika harga emas mula bergerak lebih mendatar berbanding terjunan drastik yang dipaparkan pada Selasa.

Harga emas berjaya bertahan dari jatuh lebih rendah di bawah paras $1,810 semalam ketika pelabur mula mengambil langkah memerhati pada pembentangan dasar monetari oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell untuk hari kedua malam tadi.

Pada Selasa lalu ketika hari pertama pembentangan, harga emas telah menjunam ketara ekoran US dolar yang mengukuh berikutan isyarat hawkish Fed untuk kembali menuju ke arah pengetatan dasar semula.

Kini tumpuan akan terarah pada penerbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat esok dengan komponen data sektor buruh terus diperhatikan.

Menjelang NFP, pasaran telah menilai data ADP serta JOLTS semalam, dan pada sesi New York hari ini, data tuntutan faedah pengangguran AS (unemployment claims) pula akan diperhatikan.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan harga yang mendatar di atas paras 1810.00 semalam sekadar meningkat ke paras 1824.00.

Namun pelabur tidak meletakkan harapan untuk kenaikan harga emas akan berlaku ekoran isyarat bearish buat harga yang masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD setelah terjunan ketara pada Selasa lalu.

Berkemungkinan harga boleh menyambung lagi penurunan untuk menuju ke zon support 1800.00 yang bakal memberi reaksi menarik.

Jika tembus melepasi zon 1800.00 itu, pelabur perlu bersedia untuk menyaksikan harga emas susut lebih rendah dengan sasaran seterusnya adalah pada 1760.00.

Namun jika harga emas berjaya membuat kenaikan, rintangan awal yang bakal ditempuh adalah pada 1830.00.

Setelah harga yang bergerak semula di atas MA50 memberi isyarat perubahan trend, harga bakal menuju semula paras ketinggian dicapai awal minggu sekitar 1858.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat