Analisis GOLD – Pelabur Nantikan Teka-Teki Arah Yang Lebih Jelas

1,165

Para pelabur terus menantikan kepada data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat untuk memberikan jawapan kepada hala tuju emas yang ketika ini masih lagi tidak terungkai.

Dalam hal ini, terbitan data harga pengguna AS juga berkebarangkalian bakal mempengaruhi harga emas yang mana ia telah disenaraikan sebagai salah satu aset kepada lindung nilai terhadap inflasi.

Namun bacaan data tersebut juga serba sedikit akan turut mengesahkan bayangan yang lebih ketara untuk Federal Reserve (Fed) melakukan tapering menjelang mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.

Pergerakan harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD dilihat kembali meneruskan rentak perlahan pada hari ini (Khamis) meskipun berlaku sedikit junaman di sesi dagangan semalam.

Asbab itu sekali gus telah membuat dagangan emas kelihatan agak mengecewakan pada dagangan minggu ini setelah harga terus berlegar-legar di dalam zon RBS (resistance become support) 1780.00.

Pelabur pula dijangka akan terus melakukan penilaian yang lagi tepat susulan pergerakan harga emas diperhatikan seakan sedang membentuk morning star pada timeframe mingguan untuk isyarat bullish.

Ini juga boleh memberikan gambaran kepada pelabur untuk menyaksikan harga pada carta XAU/USD menguji rintangan yang kini telah dianggap zon SBR (support become resistance) iaitu pada 1800.00.

Yakni zon SBR berkenaan pernah menghalang pergerakan harga daripada terus melonjak pada hujung November dan yang mana jika zon 1800.00 berjaya ditembusi, zon SBR 1830.00 mungkin akan dicapai.

Manakala sebaliknya, zon sokongan paling kebal sejak Oktober 2021 pada 1760.00 kemungkinan akan dicecah sebelum harga mungkin akan mampu terus susut untuk mencipta paras terendah 10 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat