Analisis GOLD – Pelabur Optimis Harga Emas Terus Meningkat

1,711

Corak pergerakan harga emas dilihat lebih mendatar pada minggu ini berbanding lonjakan ketara dipamerkan pada minggu lalu.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat bergerak mendatar di bawah paras tumpuan 1850.00 dengan paras ketinggian dicapai awal minggu sekitar 1845.00.

Selepas perlahan pada sesi Asia dan Eropah semalam, harga dilihat membuat penurunan pada sesi New York susulan pengukuhan oleh US dolar.

Namun penurunan harga sekadar menguji zon 1820.00 dan gagal meneruskan penurunan lebih rendah menuju semula ke paras 1800.00.

Harga kembali menutup dagangan lebih tinggi pada sesi New York dan bersambung pada dagangan hari ini, harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga bagi isyarat trend bearish.

Pelabur masih berwaspada menantikan terbitan data inflasi dan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini yang akan mempengaruhi pergerakan US dolar.

Kenaikan lebih tinggi harga emas dilihat akan menguji rintangan 1850.00 sebelum menuju ke paras tumpuan seterusnya pada ketinggian 1875.00.

Sebaliknya jika harga menjunam di bawah zon harga 1820.00, harga dijangka untuk kembali semula menguji zon RBS (resistance become support) 1800.00.

Zon tersebut sebelum ini menjadi rintangan yang gagal ditembusi harga selepas diuji beberapa minggu.

Pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut untuk petunjuk arah pergerakan harga emas selanjutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat