Analisis GOLD – Pelabur Perlu Bersedia Untuk Harga Emas Jatuh Bawah Paras $1,700 Pula?

1,330

US dolar tidak berjaya menunjukkan prestasi cemerlang pada sesi dagangan awal minggu ini, sebaliknya menyambung penyusutan pada minggu lalu dan membuatkan komoditi emas melonjak sekitar 180 pips dari sesi Asia sebelum membuat penurunan semula di sesi Eropah.

Pada pertengahan sesi New York, US dolar mula dilihat sedikit mengukuh disebabkan oleh penyusutan keuntungan pasaran Wall Street membuatkan para pelabur kembali berwaspada terhadap sentimen pasaran yang berisiko.

Antara faktor yang dilihat menghadkan pengukuhan US dolar adalah sentimen pelabur yang mengurangkan jangkaan bagi kenaikan kadar 100 mata asas oleh Federal Reserve (Fed), namun kenaikan sebanyak 75 mata asas masih menjadi pilihan utama bank pusat itu.

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar masih mennyaksikan harga mendatar di atas zon support 1700.00 dengan kenaikan yang dipaparkan semalam menguji rintangan pada zon 1720.00.

Seperti yang dijangkakan penganalisis, harga emas bergelut untuk meneruskan kenaikan melepasi zon penting tersebut sebelum penurunan dipaparkan sehingga ke penghujung sesi New York.

Sehingga bersambung pada dagangan hari ini (Selasa), harga telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish.

Namun, harga menunjukkan sedikit peningkatan walaupun pada kadar pergerakan yang perlahan sebelum pelabur menjangkakan pergerakan yang lebih agresif pada sesi berikutnya.

Jika harga berjaya meneruskan peningkatan, paras 1720.00 masih menjadi rintangan untuk diuji harga sebelum meneruskan lonjakan yang lebih tinggi selepas isyarat perubahan trend bullish semula.

Kenaikan lanjut harga seterusnya dilihat bakal menuju pula ke zon tumpuan pada 1760.00 sebelum sasaran lebih tinggi adalah untuk mencapai semula ke paras 1800.00.

Sebaliknya jika harga mula menunjukkan petanda untuk menyambung treand bearish sebelum ini, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan lebih parah emas untuk catatkan paras terendah terbaru lagi minggu ini.

Penurunan harga bakal menguji zon support 1700.00 sebelum meneruskan penurunan lanjut ke sasaran terbaru menuju sekitar zon 1680.00 yang merupakan paras sokongan harga pada dagangan Mac 2021 yang lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat