Analisis GOLD – Pelabur Resah Dengan Jangkaan Kejatuhan Emas

1,319

Dagangan emas telah memasuki hari ketujuh di mana pergerakan harga berlegar dalam julat $1,745.00 hingga $1,720.00.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, walaupun harga berjaya mencapai paras ketinggian sekitar 1755.00 pada 2 minggu yang lalu, namun harga kembali turun semula ke zon tersebut sehingga dagangan bersambung pada awal minggu ini.

Emas gagal menarik minat pelabur sepanjang minggu lalu di samping mendapat tekanan oleh pengukuhan US dolar.

Paras 1720.00 dilihat sebagai paras support harga yang akan diuji sebelum harga kembali membuat kenaikan semula.

Sekiranya harga jatuh melepasi paras tersebut, pelabur akan bersedia untuk penurunan lebih rendah nilai emas sehingga ke paras tumpuan 1700.00 sebelum ini.

Sebaliknya, jika harga membuat kenaikan, paras rintangan 1745.00 akan diuji sekali lagi selepas gagal ditembusi pada minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji paras ketinggian 1755.00 yang dicapai sebelum ini sebelum meneruskan kenaikan menuju zon SBR (support become resistance) 1765.00.

Unjuran penganalisis sejak bulan lalu lagi, harga yang berjaya bergerak lebih tinggi melepasi zon SBR 1765.00 akan kembali semula ke paras penting 1800.00.

Namun, buat masa terdekat, unjuran tersebut dilihat agak sukar dengan pengukuhan yang dipamerkan oleh US dolar yang memberi tekanan terhadap nilai emas semasa dalam pasaran.

Pelabur juga lebih berhati-hati dengan pergerakan mendatar emas yang berpanjangan sebelum pergerakan agresif harga boleh tercetus dan meningkatkan risiko dagangan pelabur.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat