Analisis GOLD – Pelabur Teruja Emas Semakin Hampiri $1,800

866

Semakin mendekati jangkaan penganalisis, harga emas terus meningkat menuju hampir ke paras tumpuan $1,800 dan kembali menceriakan para pelabur emas.

US dolar yang kembali bergerak susut ekoran penurunan pada hasil perbendaharaan AS membuka ruang untuk nilai emas meningkat selepas pamerkan penurunan di awal minggu.

Selain itu juga, sentimen pasaran berisiko juga turut menjadi faktor meningkatkan permintaan emas sebagai aset-haven susulan laporan peningkatan kes Coronvirus di India yang mengundang gelombang ketiga.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat meneruskan kenaikan pada Rabu selepas bangkit semula dari paras 1765.00 di zon RBS (resistance become support) yang dicecah Selasa lalu.

Harga pada dagangan semalam bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk memberi isyarat harga akan menyambung kenaikan.

Walaupun sedikit susut pada awal sesi Eropah semalam, harga kemudiannya menyambung kenaikan sehingga hampir menyentuh paras rintangan 1800.00.

Dagangan pada hari ini pula dilihat masih belum berjaya menyentuh paras 1800.00 setakat sesi Eropah.

Namun, penganalisis menjangkakan paras 1800.00 yang telah lama menjadi tumpuan akan berjaya ditembusi pada penghujung minggu ini.

Jika kenaikan berjaya tembusi 1800.00, harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu dijangka menuju ke paras sekitar 1815.00.

Sebaliknya jika harga emas kembali menjunam semula, zon RBS 1765.00 akan kembali diuji oleh harga dan pelabur bakal berharap untuk harga menyambung kenaikan dari zon tersebut.

Jika harga jatuh lebih rendah, paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1745.00 dan 1720.00 akan kembali menjadi tumpuan harga untuk penurunan seterusnya sebelum menuju ke paras 1700.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat