Analisis GOLD – Pelabur Tunggu Emas Tembus Paras $1,800

1,020

Penganalisis pasaran komoditi positif untuk corak kenaikan harga emas di awal minggu ini selepas petunjuk awal telah diperoleh pada dagangan minggu lalu.

Pada minggu lalu, pelabur menyaksikan lonjakan nilai emas dalam pasaran ekoran sentimen risk-off pasaran walaupun US dolar masih mengekalkan momentum pengukuhan menjelang laporan pekerjaan NFP AS di penghujung minggu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang berlegar di paras terendah sekitar 1750.00 mula meningkat semula di atas halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal perubahan trend.

Corak kenaikan diteruskan sehingga penghujung minggu namun pada kadar yang perlahan dengan paras tertinggi mingguan dicapai sekitar 1795.00.

Susulan penyusutan US dolar selepas laporan NFP, pelabur berkemungkinan akan menyaksikan kenaikan lebih tinggi harga emas pada minggu ini.

Namun, kenaikan harga perlu melepasi rintangan 1800.00 sebelum memberikan isyarat trend bullish yang lebih jelas.

Selagi masih gagal tembusi paras 1800.00, harga emas masih dilihat kembali semula bergerak dalam zon consolidation harga yang dipaparkan pada beberapa minggu yang lalu.

Selepas paras 1800.00 berjaya dilepasi, sasaran kenaikan seterusnya bakal menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 1850.00 selepas mengatasi rintangan pada 1820.00.

Sebaliknya, jika paras 1800.00 kekal menjadi zon rintangan bagi kenaikan harga emas, pelabur terpaksa menyaksikan semula penurunan harga menuju ke zon sokongan 1765.00.

Penurunan di bawah paras sokongan MA50 semula juga akan kembali memberi isyarat untuk harga emas meneruskan trend bearish sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat