Analisis GOLD – Pelabur Untung Besar, Emas Tembus $1,900!

776

Terus mengukir senyuman di wajah para pelabur emas apabila aset komoditi itu terus mengalami lonjakan nilai yang positif di awal minggu ini.

Ini menyusuli lonjakan awal yang telah berlaku pada penutup minggu lalu dengan krisis Silicon Valley Bank (SVB) menjadi tumpuan seluruh dunia.

Ketika US dolar mengalami penyusutan yang ketara, aset safe-haven emas pula cemerlang paparkan prestasinya untuk keluar dari dagangan zon mendatar minggu sebelum ini.

Namun, penganalisis tetap mengeluarkan amaran berjaga-jaga ekoran pergerakan pasaran masih tidak menentu dengan tumpuan kini beralih pada terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan corak kenaikan pada Isnin semalam diteruskan menembusi zon 1900.00 susulan lonjakan ke paras 1870.00 Jumaat lalu.

Paras ketinggian terbaru 6 minggu dicapai di sekitar 1914.00 sebelum penurunan lemah di sesi Asia pagi ini (Selasa) berlegar di atas paras 1900.00.

Trend bullish semasa buat emas dijangka akan menyaksikan lanjutan kenaikan harga diteruskan lagi menuju sasaran ketinggian seterusnya pada zon 1950.00.

Zon tersebut telah diuji pada penghujung Januari lalu sebelum berlaku kejatuhan ketara semula harga emas.

Walaupun corak kenaikan dijangkakan, namun dengan suasana pasaran yang bergelora ini, tidak mustahil untuk harga emas secara tiba-tiba memaparkan terjunan semula.

Harga boleh susut semula ke sekitar 1870.00 dan berkemungkinan menghapuskan keuntungan diraih semalam jika tembus lebih rendah di bawah zon tersebut.

Penurunan ketara jika diteruskan boleh kembali singgah semula ke sekitar 1830.00 yang menjadi kawasan kritikal harga minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat