Analisis GOLD – Pelabur Waspada Harga Emas Bergerak Tenang Di Awal Minggu

823

Harga emas bergerak mendatar pada permulaan dagangan minggu ini selepas kenaikan dipamerkan pada penghujung minggu lalu dari paras sokongan $1,850.

Pada carta XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar, dapat dilihat harga kembali menunjukkan kenaikan dari zon support 1850.00 sehingga ke paras rintangan 1875.00 pada dagangan minggu lalu.

Ketidaktentuan dalam pasaran yang disebabkan oleh sentimen bercampur-campur gagal memberi arah pergerakan lebih jelas buat harga emas yang dipengaruhi oleh dagangan US dolar.

Pada permulaan awal minggu, US dolar bergerak lebih lemah berbanding mata wang utama yang lain namun emas gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat ke paras lebih tinggi.

Harga bergerak perlahan di sesi Asia mendatar di bawah paras rintangan 1875.00 sebelum menunjukkan tanda-tanda penurunan di sesi Eropah.

Namun harga dilihat akan disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan berkemungkinan menyambung kenaikan lebih tinggi melepasi paras 1875.00 tersebut.

Kenaikan seterusnya bakal kembali menuju ke paras tumpuan 1900.00 yang menjadi zon rintangan pada minggu lalu yang gagal ditembusi harga.

Sekiranya harga turun lebih rendah, zon support 1850.00 akan kembali diuji di mana masih menjadi paras sokongan harga sejak beberapa minggu yang menghalang harga emas jatuh lebih rendah.

Penurunan di bawah paras tersebut akan menjangkakan harga menuju ke paras tumpuan seterusnya pada zon 1800.00.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat