Analisis GOLD – Pelabur Waspada Isyarat Awal Kejatuhan Semula Emas

1,077

Dagangan emas mula pamerkan corak awal penurunan selepas kenaikan pada minggu lalu gagal dikekalkan pada penghujung minggu.

Kenaikan harga emas sebelum ini didorong oleh penyusutan US dolar yang dipengaruhi oleh penurunan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS). Namun, di penghujung minggu US dolar kembali mengukuh semula didorong juga oleh terbitan data indeks harga pengeluar yang meningkat dan dilihat akan mendorong peningkatan kadar inflasi AS.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat kenaikan harga hampir mencapai paras 1760.00.

Selepas mencapai paras ketinggian terbaru 5 minggu itu, harga susut semula pada dagangan Jumaat dengan penurunan harga di bawah paras rintangan sebelum ini iaitu pada 1745.00.

Harga yang turut bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam memberi isyarat awal untuk permulaan trend bearish, membuatkan pelabur turut berwaspada untuk kejatuhan semula nilai emas dalam pasaran.

Sekiranya harga membuat penurunan pada minggu ini, harga dilihat akan menuju ke paras 1720.00 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah akan kembali menguji semula zon-zon support pada dagangan Mac lalu sekitar 1700.00 dan juga paras 1680.00.

Namun, jika harga emas berjaya menyambung kenaikan pada minggu sebelum ini, zon SBR (support become resistance) 1765.00 akan diuji untuk harga juga mengatasi paras ketinggian minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi menembusi zon tersebut dilihat akan mendorong harga emas untuk mencapai semula paras 1800.00 setelah harga emas jatuh di bawah paras 1800.00 sejak Februari.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat