Analisis GOLD – Pelabur Yakin Emas Akan ‘Berbuah’ Minggu Ini

1,955

Tidak mengecewakan, malah memberi harapan. Itu ungkapan buat para pelabur emas apabila nilai logam kuning berharga itu mula menunjukkan tanda-tanda untuk melonjak semula.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah mula meningkat semula pada dagangan Jumaat yang lalu selepas menguji paras support 1765.00.

Kenaikan harga juga telah melepasi semula paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat untuk trend bullish.

Bersambung pada dagangan pembukaan pasaran di awal minggu ini, harga telah melepasi zon SBR (support become resistance) 1785.00 sebelum kenaikan harga dipamerkan menuju ke paras 1800.00 pada sesi Eropah.

Peningkatan harga emas dilihat dipengaruhi oleh penyusutan semula nilai dagangan US dolar dalam pasaran yang gagal mengekalkan momentum pengukuhan minggu lalu.

Jika sentimen pasaran kekal tidak berubah, harga emas berkemungkinan akan meningkat lebih tinggi pada minggu ini di atas paras 1800.00 semula.

Kenaikan seterusnya akan menguji pula zon rintangan pada 1820.00 sebelum menuju ke zon rintangan lebih tinggi pada 1850.00.

Namun jika harga emas kembali mengalami kejatuhan pada minggu ini, paras support minggu lalu pada 1765.00 akan diuji semula.

Penurunan lebih rendah dijangka akan mencecah ke paras sekitar 1745.00 yang dilihat akan menjadi paras sokongan terbaru buat harga emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat