Analisis GOLD – Penantian Makin Hangat! Emas Jatuh 200 Pips Menjelang Mesyuarat FOMC

1,909

Akhirnya dagangan emas telah kembali pamer rentak yang jelas setelah terbitan laporan indeks data pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) mencatat bacaan tertinggi yang sekali gus menjangkau jangkaan.

Namun bacaan data itu telah membuatkan dolar greenback kukuh semula tetapi tekanan inflasi yang tinggi mungkin boleh mendorong Federal Reserve (Fed) mempercepatkan langkah tapering lebih awal.

Akan tetapi tumpuan sebelum menantikan kepada mesyuarat FOMC bagi Fed menepati jangkaan itu berkemungkinan akan lebih diperhatikan kepada data jualan runcit AS pada sesi New York malam ini.

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD telah menyaksikan rentak yang ketara dengan penurunan agresif melebihi 200 pips pada sesi dagangan semalam (Selasa).

Intihannya penurunan harga tersebut juga dilihat membuat percubaan untuk mencecah zon sokongan 1760.00 sehingga terus bersambung ke sesi Eropah hari ini (Rabu) untuk sekali lagi menjejaki zon itu.

Harga turut kelihatan seakan menguji semula trendline resistance namun harga telah pun bergerak di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam untuk isyarat trend bearish.

Oleh itu, zon sokongan 1760.00 kekal menjadi sebagai zon tumpuan yang akan dituju sekiranya harga terus menampilkan penurunan dan tekanan lebih tinggi mungkin bakal menekan harga terus susut.

Penyusutan seterusnya berkemungkinan akan mendorong pergerakan harga mencipta paras terendah terbaharu sekali lagi yang dijangka bakal kembali menguji zon sokongan yang disaksikan pada 1740.00.

Andai kata harga kembali mendapat manfaat dari tekanan inflasi yang lebih meningkat, maka zon SBR (support become resistance) 1780.00 berkebarangkalian akan diuji jika harga rekod semula lonjakan.

Lonjakan lebih garang akan menyaksikan pergerakan harga mencapai ke zon SBR 1800.00 yang mana zon berkenaan sering kali dianggap sebagai rintangan ketika di penghujung dagangan November lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat