Analisis GOLD – Prestasi Emas Lebih Cemerlang Di Penghujung Minggu

659

Penyusutan US dolar yang berterusan bersambung sehingga ke sesi Eropah pada Jumaat, telah memberi ruang untuk komoditi emas meneruskan peningkatan nilainya semula mengatasi nilai yang dicapai pada Khamis semalam.

US dolar pada mulanya menunjukkan reaksi positif yang mengukuh susulan ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di sesi New York semalam, namun kembali melemah semula di penghujung sesi sehinggalah bersambung pada dagangan hari ini.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam menyaksikan kenaikan harga sehingga ke paras ketinggian 1728.00, namun menjunam semula ke paras 1704.00.

Walau bagaimanapun, penurunan harga tidak diteruskan apabila paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD dilihat berjaya menyokong kenaikan semula harga di sesi Asia pagi ini.

Peningkatan harga diteruskan ke sesi Eropah melepasi zon 1720.00 dan dilihat mengatasi paras ketinggian dicapai Khamis semalam.

Sekiranya US dolar kekal menyusut sehingga ke penutup dagangan sesi terakhir minggu ini, emas punyai ruang untuk mencatatkan kenaikan nilai lebih tinggi lagi.

Untuk sasaran bagi kenaikan diteruskan, harga dilihat akan menguji zon 1740.00 sebelum meneruskan pendakian lebih tinggi ke sasaran zon rintangan 1760.00.

Sebaliknya jika harga emas kembali susut semula, turun di bawah zon 1720.00 kemudiannya akan menguji paras sokongan MA50 untuk petunjuk arah pergerakan harga yang selanjutnya.

Penurunan harga yang diteruskan bakal menuju sekitar 1692.00 untuk zon support tersebut diuji sebelum penurunan lebih rendah akan catatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Sasaran seterusnya adalah untuk mencecah semula zon support 1680.00 yang telah berjaya melonjakkan harga pada dagangan Julai lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat