Analisis GOLD – Prestasi Suram, Emas Mendatar Sepanjang Minggu

1,405

Pergerakan harga emas sepanjang minggu ini mendatar di bawah paras $1,800 mengecewakan harapan pelabur untuk melihat harga emas naik lebih tinggi di atas paras tersebut selepas kenaikan yang dipaparkan pada minggu sebelum ini.

Sebelum ini, emas berjaya mencatatkan peningkatan nilainya ekoran tarikan pelabur terhadap aset safe-haven.

Namun pada minggu ini, US dolar kembali mengukuh semula dan telah membendung emas daripada terus meningkat.

Pada carta harga harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga mula mendatar di bawah paras 1800.00 minggu ini selepas siri kenaikan harga dari zon support 1700.00 minggu sebelumnya.

Unjuran untuk kenaikan lebih tinggi harga emas mula suram selepas isyarat yang bercampur dengan pergerakan harga juga berlegar di sekitar paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Pengukuhan US dolar masih dijangka berterusan di penghujung minggu, namun pelabur tetap berwaspada dengan kemungkinan berlakunya aktiviti pengambilan untung (profit taking) yang akan mengakibatkan pergerakan tak menentu harga.

Sekiranya kenaikan harga berjaya tembusi zon SBR (support become resistance) 1800.00, paras sasaran harga untuk kenaikan lebih tinggi adalah pada rintangan 1830.00 dan zon tumpuan 1850.00.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras tumpuan terhampir yang akan menjadi tarikan harga adalah pada 1765.00 dan paras 1745.00.

Untuk penurunan lebih rendah di bawah paras-paras tersebut akan menjangkakan harga emas untuk susut semula sehingga ke zon support tumpuan 1700.00-1680.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat