Analisis GOLD – Putin Kejutkan Emas Sehingga Harga Melompat Semula

807

Komoditi emas mula memancarkan sinar pada awal dagangan sesi Eropah hari ini (Rabu) susulan pengumuman yang dibuat oleh Presiden Rusia Vladimir Putin kembali menambahkan kebimbangan dalam pasaran.

Suasana dalam pasaran sememangnya sudah hening sejak awal minggu lagi ekoran pelabur berwaspada menjelang keputusan mesyuarat bank-bank pusat pada esok Khamis.

Sementara pelabur mengurangkan risiko untuk dagangan US dolar menjelang mesyuarat FOMC, emas sebagai aset safe-haven dilihat lebih menjadi pilihan pelabur ketikan suasana pasaran berubah semakin berisiko.

Ini telah melonjakkan harga emas yang telah bergerak mendatar sepanjang sesi Asia pagi ini.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat disaksikan harga emas yang mendatar di sekitar 1662.00 kemudiannya telah melonjak ke paras ketinggian sekitar 1675.00 setakat jam 3 petang waktu tempatan.

Lonjakan ini telah mengubah corak bearish yang dipaparkan sepanjang dagangan Selasa semalam ketika harga emas dilihat masih belum lagi berjaya untuk menembusi rintangan pada 1680.00.

Lonjakan tersebut juga memberi indikasi awal untuk perubahan trend bullish yang bakal bermula selepas melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Jika harga emas berjaya mengekalkan momentum lonjakan bersambung ke sesi berikutnya, berkemungkinan rintangan pada 1680.00 berjaya diatasi sebelum kenaikan yang diteruskan kemudiannya akan menuju zon 1700.00.

Selepas zon tersebut juga berjaya dilepasi, kenaikan lebih tinggi dilihat akan kembali semula ke paras tumpuan pada 1720.00.

Sebaliknya, jika harga emas tetap ‘lemau’ untuk meningkat, waspada untuk penurunan lebih rendah yang boleh berlaku.

Sekiranya harga susut sehingga melepasi zon support sekitar 1655.00, paras terendah terbaru buat emas akan dicatatkan lagi minggu ini dengan sasaran awal untuk menuju sekitar 1640.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat