Analisis GOLD – Sasaran Terbaru Buat Emas, $1,850 Atau $1,813?

1,746

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD telah menyaksikan kenaikan hampir 150 pips pada sesi dagangan semalam (Selasa) untuk merobek zon rintangan 1830.00.

Setelah menakluki rekod tertinggi, harga emas tampaknya kembali susut pada pergerakan pasaran hari ini (Rabu) dan terus bergerak di zon rintangan itu menuju ke pembukaan sesi New York kelak.

Namun penurunan juga turut menguji semula paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam namun sekali lagi ia kembali membuat lonjakan dan kekal dengan trend bullish.

Kerisauan terhadap inflasi yang semakin meningkat serta kejatuhan dolar greenback serba sedikit menjadi faktor mengapa dagangan emas berupaya catat paras tertinggi 9 minggu yang terbaharu.

Terbitan kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) pada malam ini yang dijangka menokok susulan data indeks harga pengeluar AS telah diterbitkan dengan bacaan sedikit tinggi daripada sebelum ini.

Kadar inflasi yang tinggi berkemungkinan akan mampu untuk memacu pergerakan harga emas terus terbang dengan lebih agresif.

Tetapi terbitan kadar inflasi yang tinggi juga boleh menjadi penyebab dalam mendorong tekanan kepada harga emas untuk kembali jatuh.

Paras rintangan 1830.00 mungkin akan dijadikan sebagai paras tumpuan untuk diuji bagi pelabur melihat sama ada momentum lonjakan yang dipertampilkan ini dapat diteruskan atau sebaliknya.

Kebarangkalian yang besar akan melihat pergerakan harga emas untuk mendaki ke zon rintangan berikutnya pada 1850.00 dan dijangka mampu untuk mengukuh dalam mencatat pendakian.

Jika harga emas kembali beri reaksi untuk jatuh, paras sekitar 1813.00 akan menjadi paras pertama yang akan dituju sebelum harga terus menjunam ke zon RBS (resistance become support) 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat