Analisis GOLD – Sentimen Risk-Off Cetus Lonjakan Emas Di Awal Minggu

634

Pada hujung minggu, beberapa negara telah bersetuju untuk tidak mengimport emas dari Rusia pada hari pertama mesyuarat G7 yang akan berlangsung selama tiga hari bersambung di awal minggu ini.

Susulan daripada pengumuman itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden memberitahu bahawa larangan baharu tersebut bakal memberikan kesan berpuluh bilion dolar yang diperlukan Rusia untuk membiayai perangnya di Ukraine.

Faktor ini dilihat menjadi pencetus sentimen pasaran yang berisiko di awal minggu dengan mata wang serta aset safe-haven termasuk emas pamerkan pergerakan yang positif.

Komoditi emas dilihat mengukuh berbanding mata wang US dolar pada sesi Asia hari ini (Isnin) setelah beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun dan Kanada telah bersetuju untuk menambah sekatan terhadap Rusia susulan pencerobohan berterusan ke atas Ukraine.

Rusia merupakan pengeluar emas kedua terbesar di dunia mewakili 9.5% daripada bekalan global di mana pada tahun lalu, eksport emas Rusia dilaporkan bernilai lebih daripada $15 bilion.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah menyaksikan lonjakan pada awal sesi dagangan Asia pagi ini selepas dibuka lebih tinggi berbanding penutupan dagangan penghujung minggu lalu disebabkan mesyuarat G7.

Pada penghujung minggu lalu, harga telah susut mencecah ke paras 1817.00 dengan rintangan harga adalah pada 1830.00 selain harga juga terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta XAU/USD.

Memberi petunjuk untuk perubahan trend bullish, harga telah bergerak di atas paras 1830.00 di awal minggu ini selain paras MA50 kini menjadi sokongan buat harga.

Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan pada sesi-sesi berikutnya, zon 1850.00 akan menjadi sasaran awal untuk diuji setelah pelabur menilai perubahan trend harga telah berlaku untuk pergerakan harga minggu ini.

Seterusnya, dilihat harga bakal membuat lonjakan yang lebih tinggi bagi menguji semula paras rintangan pada 1870.00 yang beberapa kali diuji pada dagangan Mei dan Jun.

Sebaliknya jika harga emas tidak berjaya meneruskan kenaikan, harga yang susut semula di bawah zon 1830.00 akan buatkan pelabur berjaga-jaga untuk harga bakal alami kejatuhan lebih paras.

Berkemungkinan harga boleh menyusut lebih rendah menguji zon sekitar 1810.00 dahulu sebelum menuju pula ke zon support utama pada 1800.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat