Analisis GOLD – Sudah Tiba Masa Untuk Emas Meroket Semula?

2,629

Perkembangan pergerakan harga emas nampaknya kembali mengukir senyuman di wajah para pelabur emas apabila harga mula pamerkan kenaikan semula.

Seperti yang dikongsikan pada analisis sebelum ini, penurunan harga emas menemui paras sokongan pada $1,680.00 yang menyaksikan corak lonjakan awal harga.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah melihatkan harga telah bergerak membuat kenaikan melepasi zon sokongan 1680.00-1700.00 pada dagangan Selasa semalam.

Sesi Eropah semalam mula memberikan isyarat bagi perubahan trend bullish harga emas selepas kenaikan yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan juga melepasi paras 1700.00.

Sehingga ke sesi New York semalam, harga telah mencecah paras ketinggian pada 1720.00 untuk mencatatkan paras tertinggi mingguan.

Kenaikan harga emas dilihat telah didorong oleh faktor penyusutan US dolar susulan kejatuhan hasil bon Amerika Syarikat (AS) di samping pasaran Wall Street yang meningkat.

Namun kenaikan harga gagal diteruskan pada dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini (Rabu) berikutan pergerakan US dolar yang dilihat sedikit kukuh semula.

Namun, penganalisis menjangkakan untuk harga emas melonjak sekiranya harga berjaya melepasi rintangan 1720.00 selepas harga menepati jangkaan analisis untuk melonjak dari zon sokongan 1680.00.

Kenaikan harga seterusnya bakal menguji rintangan pada 1745.00 sebelum menuju ke zon SBR (support become resistance) 1765.00.

Kemudiannya, paras penting 1800.00 akan kembali menjadi tumpuan utama harga semula.

Namun, tidak boleh dipertikaikan sekiranya harga emas terus jatuh lebih rendah semula. Paras 1680.00 kekal menjadi paras sokongan harga buat masa ini.

Kejatuhan harga lebih rendah akan merekodkan paras terendah terbaru 11 bulan berkemungkinan mencecah ke paras sekitar 1660.00 atau lebih rendah.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat