Analisis GOLD – Tak Senang Pelabur Perhati Harga Terus Jatuh

2,470

Kegusaran pelabur emas tidak terhenti apabila harga menunjukkan trend menurun sehingga ke penghujung minggu.

Jika diimbas pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar untuk minggu ini, harga telah susut semula di bawah paras 1800.00 mengundang kekecewaan pelabur yang menjangkakan harga emas bakal meningkat.

Pada dagangan Rabu lalu, harga emas telah terjun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat untuk trend bearish.

Situasi tersebut telah memadamkan harapan pelabur untuk melihat kenaikan harga emas yang dipamerkan pada awal minggu namun terhalang di rintangan 1814.00 pada zon SBR (support become resistance).

US dolar kembali mengukuh semula di penghujung minggu dan turut memberi tekanan terhadap nilai emas dalam pasaran.

Penurunan hampir 400 pips semalam turut melepasi zon RBS (resistance become support) 1785.00 sebelum harga kekal meneruskan penurunan bersambung pada dagangan hari ini.

Pelabur melihat harga akan meneruskan penurunan lebih rendah apabila momentum yang dipaparkan telah berjaya menembusi zon support 1765.00 yang turut diuji minggu lalu.

Penurunan harga seterusnya bakal menuju ke paras lebih rendah sekitar 1745.00 yang dilihat akan menjadi paras sokongan buat kejatuhan harga emas.

Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan semula, zon SBR 1785.00 akan menjadi tumpuan harga semula dan paras halangan MA50 turut diuji.

Kenaikan harga yang berjaya diteruskan dan melepasi semula paras 1800.00 akan memberikan kelegaan buat pelabur emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat