Analisis GOLD – Takkan Emas Dah Habis Melonjak Minggu Ni?

1,641

Pelabur emas semakin resah memerhatikan dagangan logam kuning berharga itu bergerak perlahan dan mendatar di penghujung minggu.

Masih ada harapan untuk emas melonjak lagi sebelum tirai dagangan minggu ini berlabuh?

Perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar sepanjang minggu ini.

Harga telah melonjak pada awal minggu di atas paras 1850.00 sebelum meneruskan kenaikan melepasi pula paras rintangan 1875.00 ekoran penyusutan US dolar yang berterusan.

Pengukuhan US dolar juga hanya sementara ketika pasaran memberi reaksi terhadap laporan minit mesyuarat FOMC yang terbaru selepas jangkaan untuk perbincangan pengurangan pembelian aset lebih awal oleh Federal Reserve (Fed).

Kenaikan harga tertinggi terbaru dicapai minggu ini mencecah 1890.00 pada Rabu lalu sebelum harga kembali berlegar di paras tumpuan 1875.00 semula.

Pelabur emas optimis untuk harga emas meneruskan kenaikan dengan pergerakan harga disokong oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat untuk trend bullish harga.

Namun, momentum kenaikan suram pada penghujung minggu sementara tumpuan terarah pada data sektor ekonomi pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) di sesi New York.

Untuk jangkaan kenaikan harga, sasaran terbaru kekal pada paras ketinggian 1900.00 untuk harga emas merekodkan paras tertinggi sejak Januari lalu.

Sementara situasi penurunan harga pula akan menyaksikan harga turun semula menguji paras sokongan 1850.00.

Selepas isyarat trend bearish yang lebih jelas, pelabur akan mula memberi perhatian semula pada paras tumpuan harga sebelum ini sekitar zon 1820.00 dan zon RBS (resistance become support) 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat