Analisis GOLD – Takkan Lah Harga Emas Nak Menjunam Balik?

979

Menuju ke dagangan hujung minggu, pergerakan harga emas semakin perlahan berbanding turun naik harga yang agresif dipamerkan di awal minggu.

Selepas laporan pakej bantuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang merangkumi bantuan kepada rakyat serta dana kerajaan telah ditandatangani oleh Presiden Donald Trump, pelabur yang melihat sentimen ekonomi semakin pulih berkemungkinan telah melepaskan pegangan aset safe-haven untuk beralih kepada aset yang lebih berpulangan tinggi.

Pada carta harga XAU/USD yang melihatkan harga emas mencapai paras ketinggian 1900.00 pada awal minggu, harga kembali bergerak lebih rendah semula berlegar di atas paras sokongan 1875.00.

Pada Selasa, pergerakan harga lebih mendatar sementara pelabur terus memantau perkembangan pakej bantuan di mana mendapat tentangan oleh Ketua Majoriti Senat Mitch McConnell yang tidak bersetuju untuk nilai bantuan $600 kepada rakyat dinaikkan kepada $2,000.

Pada dagangan hari ini (Rabu) pula, harga yang cuba untuk membuat kenaikan pada sesi Asia kembali menurun semula pada sesi Eropah dan berlegar di sekitar paras 1875.00.

Jika harga emas terus jatuh leih rendah di bawah paras 1875.00, paras sokongan harga dilihat pada zon RBS (resistance become support) 1850.00.

Jika paras tersebut gagal untuk menyokong harga membuat kenaikan semula, berkemungkinan harga berpotensi untuk turun semula mencecah ke paras tumpuan harga 1800.00.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat lonjakan, paras tumpuan 1900.00 akan sekali lagi diuji untuk menyokong momentum kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan melepasi paras tersebut dilihat akan lebih memudahkan lagi harga emas untuk mencapai paras ketinggian terbaru sebelum dagangan sesi 2020 menutup tirai.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat