Analisis GOLD – Tembok $1,800 Kekal Untuk Ditembusi Emas

758

Dagangan komoditi emas dilihat bergerak suram sepanjang minggu ini yang tidak memperlihatkan sebarang pergerakan drastik harga ekoran pelabur berwaspada terhadap sentimen pasaran yang masih tidak menentu selepas tumpuan terhadap kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) pada data yang diterbitkan minggu ini.

Terbitan data indeks harga pengeluar (PPI) AS untuk Julai menurun kepada -0.5% berbanding jangkaan 0.2%, menjadikan penurunan pertama dicatatkan untuk tempoh lebih 2 tahun.

Pelabur kini menantikan petunjuk terhadap penetapan dasar oleh Federal Reserve (Fed) yang lebih jelas sama ada bakal meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif buat kali ketiganya sebanyak 75 mata asas, ataupun memperlahankan kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas sahaja pada mesyuarat September nanti.

Namun bagi indeks dolar dan hasil Bon AS 10 tahun dilihat bergerak tidak menentu disebabkan oleh pelabur masih lagi berwaspada terhadap sentimen pasaran semasa.

Sesi dagangan New York malam ini pula bakal memberi tumpuan kepada penerbitan data tinjauan keyakinan pengguna AS bagi menilai pergerakan US dolar pada penutup dagangan minggu ini.

Menilai pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dilihat harga gagal mengekalkan rentak pergerakan positif seperti pengukuhan nilai yang dipaparkan di awal minggu ini.

Ada kenaikan yang berlaku, namun pada kadar yang perlahan dengan paras 1800.00 kekal menjadi rintangan buat harga sehingga ke penghujung minggu.

Beberapa kali cubaan harga untuk melepasi rintangan 1800.00, namun harga berundur semula dengan paras sokongan harga dilihat pada zon 1785.00.

Bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat), harga dilihat masih lagi bergerak mendatar dan pelabur meneliti reaksi harga pada halangan harga Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD untuk mendapatkan petunjuk bagi pergerakan selanjutnya buat emas.

Sekiranya harga berjaya membuat peningkatan dan menembusi paras halangan 1800.00 di sesi-sesi terakhir ini, dijangkakan harga bakal meningkat sehingga ke zon rintangan 1815.00 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan berkemungkinan akan mensasarkan pula pada zon tumpuan berikutnya sekitar ketinggian 1830.00.

Sebaliknya jika emas hilang momentum lagi, penurunan harga berkemungkinan boleh disaksikan semula pelabur dengan penyusutan awal di bawah zon 1785.00 yang masih menjadi sokongan harga buat ketika ini.

Penurunan yang lebih rendah seterusnya akan menguji zon sokongan pada 1760.00 yang kekal menjadi pehalang utama harga untuk membuat penurunan yang lebih rendah seperti dagangan minggu lalu.

Namun jika harga berjaya menembusi zon tersebut, tumpuan pelabur bakal terarah kepada zon RBS (resistance become support) 1740.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 2 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat