Analisis GOLD – Tembok $1,814 Pecah! Emas Akan Kekal Mendaki?

1,118

Kemerosotan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat yang menyusut sehingga bawah paras 1.50% serba sedikit boleh dianggap sebagai salah satu faktor dalam menyokong lonjakan harga emas.

Tambahan pula laporan pakar mengenai Omicron tidak begitu serius sama sekali telah pun pengaruhi sentimen pasaran risk-on dan terus mengakibatkan dolar greenback suram di penutup tahun 2021 ini.

Namun langkah pengetatan dasar polisi yang ingin disegerakan oleh Federal Reserve (Fed) barangkali akan memberi bebanan kepada harga emas daripada terus cemerlang dalam mencatatkan kenaikan.

Pergerakan harga pada carta XAU/USD telah menyaksikan pengekalan rentak kenaikan setelah harga terus mendaki pada sesi dagangan semalam (Isnin) untuk kembali mencapai paras ketinggian 1814.00.

Percubaan itu dilihat berhasil ketika pembukaan sesi New York Isnin yakni harga hanya menguji paras Moving Average 50 (MA50) serta trendline support untuk kekal mendaki sehingga ke penghujung sesi.

Dan akhirnya pergerakan harga telah pun berjaya memecahkan tembok tertinggi berkenaan pada sesi Eropah hari ini (Selasa) bagi mencipta rekod ketinggian terbaharu di saat menuju sesi New York kelak.

Selari dengan faktor tersebut, intihanya pelabur mungkin serba sedikit menyimpulkan bahawa harga seakan membentuk corak ascending triangle yang berupaya menyokong harga mencapai zon 1830.00.

Ini turut secara tidak langsung boleh dikatakan sebagai gambaran awal yang jelas untuk kemungkinan harga akan mampu mendaki sehingga ke zon 1850.00 dan sekali gus bakal meneruskan corak uptrend.

Misalnya corak pergerakan harga itu tidak menjadi, maka pelabur mungkin bakal mengambil langkah dalam membuat kebarangkalian untuk harga kembali menyusut dan mencecah zon tumpuan 1800.00.

Penganalisis turut berpendapat bahawa zon RBS (resistance become support) 1780.00 dijangka akan dititikberatkan untuk sekali lagi diuji sekiranya harga terus berduka untuk kekal membuat penurunan.

Lihar gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat