Analisis GOLD – Tidak Jadi Jatuh Lebih Kritikal, Emas Kembali Mendaki Menuju Puncak $1,800

1,090

Menyelidik kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD nampaknya turut kembali mencatat pendakian di kala matawang USD yang terpeleot untuk kembali lemah.

Corak kenaikan harga emas juga dilihat memulakan kerancakan pada awal sesi Eropah semalam (Isnin) sehingga lah bersambung ke sesi New York dengan menutup dagangan di atas paras 1790.00.

Pendakian yang dipertonjolkan hampir untuk menguji benteng yang paling kukuh di zon rintangan 1800.00 dan kembali bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat bullish.

Nampaknya pelabur lebih tertarik kepada dagangan emas susulan sikap waspada terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) serta data-data penting yang lain pada minggu ini.

Kebarangkalian faktor terhadap kebimbangan kadar pertumbuhan ekonomi yang lemah menjadi antara perkara yang telah memberi sedikit manfaat kepada harga emas dalam mengintai peluang untuk kembali melonjak.

Selain itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang kekal bergerak mendatar di paras 1.55% juga boleh diambil kira dalam menilai kepada pergerakan USD yang ketika ini kembali susut sedikit.

Jika pergerakan harga emas berjaya dalam mengekalkan lonjakan lebih agresif, zon rintangan 1800.00 masih kekal sebagai zon tumpuan untuk dicapai sebelum menuju ke paras tertinggi sekitar 1813.00.

Penganalisis mengeluarkan jangkaan bahawa harga emas mungkin berpotensi untuk gapai puncak ketinggian terbaharu pada 1830.00 sekiranya harga emas dapat memberi isyarat bullish yang jelas.

Namun kalau USD sekali memberi kejutan untuk mengukuh, harga emas dijangka akan menguji semula zon RBS (resistance become support) 1780.00 sebelum merundum lebih rendah ke paras sekitar 1760.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat