Analisis GOLD – Walau Perlahan, Emas Tetap Makin Jatuh Lagi

1,332

Harga emas yang menyusut lebih rendah pada Rabu semalam dilihat masih menyambung penurunan ke paras lebih rendah lagi hari ini (Khamis).

US dolar yang masih mengekalkan pengukuhan menjadi faktor terus mendorong harga emas terus alami penyusutan menuju penghujung minggu ini.

Kejatuhan nilai emas dalam pasaran diterjemah pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Menjadi keresahan buat pelabur apabila harga mula menjunam di bawah paras 2000.00 pada Selasa lalu.

Penurunan diteruskan mencecah sekitar 1975.00 pada sesi New York semalam namun melantun sedikit sebelum penutup dagangan penghujung sesi sekitar 1980.00.

Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pagi ini, namun beralih ke sesi Eropah harga mula memaparkan corak penurunan ke paras terendah terbaru mengatasi dagangan semalam.

Trend kekal bearish dengan pelabur melihat isyarat pergerakan harga yang kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Penurunan harga jika melepasi paras 1970.00 dilihat boleh mencecah sehingga ke sekitar 1950.00 yang dilihat akan menjadi zon support terbaru buat harga.

Mencecah ke paras tersebut akan merekodkan paras terendah harga emas untuk tempoh dagangan 6 minggu.

Namun situasi akan berubah sebaliknya jika harga emas mula berpatah arah membuat kenaikan semula.

Paras 2000.00 bakal dicapai semula selepas kenaikan melepasi halangan MA50 akan memberi petunjuk awal perubahan trend buat harga emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat