Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dagangan pada sesi Eropah hari ini menunjukkan harga bergerak lebih tinggi melepasi paras 1850.00.
Kenaikan harga diteruskan selepas pergerakan mendatar pada beberapa sesi sebelum ini berikutan pelabur menantikan isyarat lebih jelas kenyataan calon Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen berkenaan pakej rangsangan ekonomi.
Yellen menggesa penggubal undang-undang untuk lebih agresif terhadap bantuan ekonomi dan tidak risaukan tentang hutang.
Situasi yang mendorong penyusutan nilai US dolar ini turut memberi ruang untuk emas meningkat semula.
Walaupun harga pada carta XAU/USD mula menunjukkan trend menaik, namun pergerakan harga masih dilihat perlahan.
Kenaikan harga dijangka akan menuju ke paras rintangan pada 1875.00 sebelum menuju pula ke paras tumpuan 1900.00.
Namun jika harga menjunam semula, zon sokongan harga dilihat berada pada paras 1820.00 sebelum penurunan harga ke paras penting 1800.00.
Pelabur juga berkemungkinan berwaspada menjelang upacara pelantikan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat menggantikan Donald Trump.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI