Analisis GOLD – Walaupun US Dolar Kukuh, Emas Tak Goyah

773

Pengukuhan US dolar sejak sesi New York semalam selepas peningkatan kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) nampaknya tidak menggoyahkan dagangan emas untuk meningkat sehingga setakat sesi Eropah hari ini (Rabu).

Pada sesi New York semalam, ketika US dolar mengukuh dan memberi tekanan semula pada kebanyakan mata wang utama, emas dilihat turut mengalami penurunan sementara. Namun kembali meningkat semula sebelum bergerak perlahan pada penghujung sesi.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan penurunan harga semalam menguji paras tumpuan 1800.00 sebelum melonjak semula dari paras tersebut mencatatkan paras ketinggian harian sekitar 1817.00.

Paras tersebut juga turut dicapai pada kenaikan minggu lalu namun dilihat masih belum berjaya ditembusi.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga dilihat disokong oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat positif bagi trend kenaikan.

Setakat jam 4.30 petang waktu tempatan, harga emas dilihat bergerak pada paras sekitar 1815.00 untuk kembali menguji paras rintangan mingguan.

Zon harga 1820.00 dilihat sebagai zon rintangan yang kekal menghalang kenaikan harga emas lebih tinggi sejak penurunannya pada Jun lalu.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut bakal mendorong harga menuju ke paras lebih tinggi pada zon SBR (support become resistance) 1850.00.

Sebaliknya jika US dolar berjaya memberi tekanan semula pada dagangan emas, penurunan harga boleh berlaku semula ke paras 1800.00.

Sekiranya harga jatuh lebih rendah di bawah paras 1800.00, pelabur bakal bersedia untuk perubahan trend bearish harga emas.

Harga boleh mencecah sehingga ke paras 1765.00 atau penurunan yang diteruskan boleh menuju ke zon support pada 1745.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat