Analisis GOLD – Waspada Menjelang Data Inflasi AS, Harga Emas Berlegar Sekitar $1,660

790

Selepas corak penurunan dipaparkan pada awal minggu, dagangan komoditi emas dilihat tidak meneruskan pergerakan bearish apabila terdapat lantunan semula pada Selasa semalam.

Namun, emas dilihat masih cenderung untuk alami penyusutan nilainya dalam pasaran ekoran jangkaan pengukuhan US dolar akan kekal berterusan pada minggu ini dengan beberapa faktor yang menyokong raja mata wang itu.

Namun, lantunan semula harga emas semalam berkemungkinan didorong oleh momentum US dolar yang sedikit diperlahankan oleh kewaspadaan pelabur menjelang beberapa data tumpuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) khususnya data inflasi.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan penurunan dari awal minggu sehingga ke sesi Asia semalam telah mencecah ke zon 1660.00 sebelum dilihat mengubah arah untuk meningkat semula di sesi Eropah.

Kenaikan harga menguji rintangan pada paras 1680.00, namun gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi apabila harga juga dilihat terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut.

Menuju dagangan penghujung minggu, harga membuat terjunan semula menuju ke zon 1660.00 yang kekal menjadi zon sokongan harga sehingga bersambung pada dagangan hari ini (Rabu).

Pergerakan harga di sesi Asia sejak pagi ini sehingga ke sesi Eropah menunjukkan corak kenaikan yang perlahan, namun masih bergelut untuk melepasi halangan MA50.

Jika harga emas menyambung corak penurunan semula pada sesi berikutnya, melepasi zon sokongan 1660.00 akan mendorong harga menyusur ke paras jangkaan 1640.00.

Dan penurunan yang diteruskan lagi dilihat akan kembali menguji zon support 1615.00 yang sebelum ini telah dicecah pada penghujung September lalu.

Sebaliknya, jika harga emas berjaya melonjak dan kemudiannya melepasi rintangan 1680.00 yang diuji semalam, pelabur akan melihat sebagai isyarat positif untuk emas catatkan peningkatan lebih tinggi.

Kenaikan harga yang diteruskan bakal menuju zon 1700.00 sebelum mencapai semula ke zon rintangan pada 1720.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat