Analisis GOLD – Zon $1,720 Akan Jadi Penentu Pergerakan Emas

495

Corak pergerakan harga bagi dagangan emas menuju ke penghujung minggu mula berkecamuk dengan tumpuan terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang boleh mempengaruhi sentimen pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed).

Sebelum ini, emas cemerlang memulakan dagangan awal minggu ini susulan faktor US dolar yang mengalami penyusutan nilai sejak minggu lalu pada penutup dagangan bulan September.

Ini dapat diperhatikan pada pergerakan di carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan kenaikan yang dipamerkan pada Selasa lalu telah mencapai paras ketinggian terbaru 3 minggu pada 1729.00.

Namun, corak pergerakan positif logam kuning itu mula berubah pada Rabu semalam ekoran terdapat penurunan semula yang dipamerkan harga apabila gagal untuk menyambung kenaikan lebih tinggi.

Dengan pengukuhan yang dipaparkan oleh US dolar pada sesi Eropah dan awal sesi New York semalam, telah menyaksikan harga susut ke zon 1700.00.

Namun, masih memberi isyarat untuk bergerak dalam trend bullish apabila harga disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, sebelum menampakkan lantunan semula di penghujung sesi New York.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga emas mula berlegar di atas paras tumpuan 1720.00 semula, namun masih dalam pergerakan yang perlahan.

Adakah emas mampu lanjutkan peningkatan semula menjelang laporan data NFP yang bakal diterbitkan pada esok hari?

Sekiranya harga emas berjaya melonjak, mengatasi ketinggian pada Selasa lalu akan mendorong harga mencapai dahulu zon tumpuan pada 1740.00.

Seterusnya harga akan meneruskan pendakian lanjut untuk menguji pula zon rintangan pada ketinggian 1760.00 pula.

Namun, waspada sekiranya kesan laporan NFP boleh membuatkan harga emas menjunam semula.

Harga berkemungkinan boleh terjun lebih rendah melepasi zon 1700.00 untuk memberikan petunjuk bagi perubahan trend harga.

Penurunan yang akan diteruskan dilihat akan memberi reaksi menarik pada zon RBS (resistance become support) pada 1680.00 yang telah menjadi zon tumpuan dagangan beberapa minggu kebelakangan ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat