Analisis GOLD – Zon $1,780 Kekal Menjadi Perhatian Utama

1,508

Pergerakan harga pada carta XAU/USD terus mempersembahkan aksi kecundang setelah harga kekal membuat penurunan ke zon 1780.00 yang sekali gus rekod paras terendah dalam tempoh 7 minggu.

Walau bagaimanapun, zon sokongan 1780.00 berkenaan turut merupakan zon tumpuan berikutan ia sudah beberapa kali menyokong semula lonjakan harga sejak pertengahan dagangan Disember 2021.

Hal tersebut dapat disaksikan setelah pergerakan harga meningkat di penghujung sesi sebelum terus bergerak mendatar ketika pembukaan pasaran hari ini (Isnin) menuju ke sesi New York.

Pelabur terus mengambil langkah berwaspada terhadap dagangan emas meskipun prospek daripada kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed) mampu menerajui dolar greenback untuk kekal mengukuh.

Namun pasaran emas juga akan menilai perkembangan Rusia-Ukraine di kala Senat Amerika Syarikat (AS) telah bersedia dalam meluluskan undang-undang untuk mengenakan sekatan ke atas Rusia.

Keadaan ini tentunya secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada dagangan emas dan ianya mungkin bakal mendorong permintaan terhadap aset safe-haven dan emas berpotensi untuk kembali mencatat peningkatan.

Maka asbab itu akan sama sekali mendorong pelabur untuk menumpukan tumpuan pada zon 1780.00 bagi menilai corak pergerakan yang akan dilakukan sama ada kembali melonjak atau sebaliknya.

Jikalau penurunan harga terus ditekan untuk kekal kecundang, zon sokongan seterusnya yang dilihat pada 1760.00 dijangka bakal menjadi sasaran awal untuk dijejaki dalam mengekalkan trend bearish.

Akan tetapi andai kata zon 1780.00 berkenaan sekali lagi mampu untuk menyokong semula lonjakan, maka zon 1800.00 sudah tentu akan dianggap sebagai zon tumpuan yang akan diuji terlebih dahulu.

Lonjakan yang lebih garang pula sama sekali bakal mempengaruhi pergerakan harga emas mencapai zon SBR (support become resistance) pada 1830.00 dalam merealisasikan semula trend peningkatan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat