Analisis Sentimen Pair EUR/USD Untuk Baki Dagangan Minggu Ini

839

Walaupun data-data ekonomi Zon-Eropah yang dikeluarkan sepanjang minggu lalu kurang memberangsangkan tetapi komen hawkish ahli ECB sudah cukup menolak matawang Euro lebih tinggi. Ia telah menyebabkan kenaikan kepada pair EUR/USD.

Pair EUR/USD membuat kenaikan tiga-hari berturut-turut sejak Isnin. Adakah ia akan merekodkan kenaikan sepanjang minggu ini?

Harapan terhadap rundingan perdagangan AS-China telah mengurangkan kebimbangan pasaran sekaligus menyokong kenaikan EUR/USD. Tetapi matawang Euro lebih banyak mendapat dorongan daripada komen hawkish ahli ECB.

Ewald Nowotny salah seorang ahli ECB yang paling senior menyatakan pada Selasa kemungkinan untuk ECB menghentikan program pembelian bon pada hujung tahun ini, sekaligus membuka jalan untuk bank pusat menaikkan kadar faedahnya.

Namun, jurucakap ECB pada lewat dagangan Selasa menyatakan komen Nowotny tidak mewakili keseluruhan pendirian Governing Council iaitu majlis yang menentukan polisi monetari ECB. Oleh sebab ini, terdapat sedikit penurunan kepada Euro pada Selasa.

Setakat ini EUR/USD didagangkan lebih tinggi dengan meneruskan kenaikan Selasa.

Apa perhatian pasaran terhadap EUR/USD?

Untuk baki dagangan minggu ini, pair EUR/USD dilihat akan lebih banyak dipengaruhi oleh US dollar berbanding matawang Euro. Zon-Eropah tidak banyak mengeluarkan data-data penting pada minggu ini kecuali minit mesyuarat ECB pada Khamis.

Oleh itu, tumpuan kepada EUR/USD ketika ini adalah kepada data inflasi (CPI) Amerika pada pukul 8.30 malam pada Rabu, minit mesyuarat FOMC pada 2 pagi Khamis dan seterusnya minit mesyuarat ECB pada 7.30 malam Khamis.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat