Analisis Teknikal AUD/CAD – Timeframe H1 – 14/8/2018

445

 

Matawang AUD masih didagangkan lemah sejak minggu lalu ekoran tumpuan adalah terhadap Reserve Bank of Australia (RBA) yang menjangkakan inflasi akan perlahan sehingga 1.75% menjelang akhir tahun ini, lebih rendah daripada ramalan sebelumnya iaitu 2.00%.

AUD terus tertekan berikutan data jualan runcit dan pengeluaran industri oleh China yang gagal mencapai jangkaan pasaran sekaligus memberi kesan terhadap Australia atas faktor China yang merupakan rakan dagang terbesarnya.

Matawang CAD pula tampak positif hari ini berikutan laporan Arab Saudi yang menyatakan akan mengurangkan pengeluaran minyak mentah seterusnya menguatkan jangkaan harga minyak mentah akan meningkat tinggi.

Dari segi teknikal, AUDCAD dilihat membuat penurunan sejak minggu lalu dan harga telah menembusi paras support sebelum ini pada 0.95800. Sejak semalam, harga bergerak pada julat harga 0.9590-0.9535 berterusan sehingga sesi Asia hari ini. Namun, harga telah menembusi (breakout) paras tersebut pada sesi pasaran London dan meneruskan penurunan sehingga paras semasa sekitar zon harga 0.9505 setakat jam 5 petang. Jika harga berjaya menembusi paras support pada zon harga 0.9500, harga berpotensi membuat penurunan sehingga paras 0.9440 atau lebih rendah lagi daripada itu.

Paras support: 0.95183, 0.94997, 0.94637.

Paras resistance: 0.95729, 0.96089, 0.96275.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat