Analisis Teknikal AUD/CHF – Timeframe H1 – 13/8/2018

599

Matawang AUD didagangkan lemah sejak minggu lalu dan kejatuhan ketara dapat dilihat pada hampir kesemua pasangan matawang tersebut dengan matawang utama yang lain. Kejatuhan AUD ekoran kenyataan daripada Reserve Bank of Australia (RBA) yang menjangkakan inflasi perlahan sehingga 1.72%, turun dari ramalan sebelumnya iaitu 2.00%.

Selain itu, pasaran global yang melemah buat masa ini berikutan krisis geopolitik dan ekonomi di Turki turut memberi kesan terhadap matawang AUD. Atas faktor tersebut juga, permintaan akan meningkat terhadap matawang safe-haven antaranya adalah matawang CHF. CHF yang sebelum ini disokong oleh data ekonomi tumpuan SNB yang mengukuh dijangka akan terus positif minggu ini.

Dari segi teknikal, AUD/CHF membuat penurunan sejak minggu lepas daripada paras resistance 0.7395 ke paras support 0.72500 iaitu paras yang pernah dicapai pada bulan Mac lalu.

Harga dibuka pada sesi Asia pagi tadi dilihat telah menembusi (breakout) paras support 0.72500 dan turun sehingga paras 0.7213 sebelum harga kembali membuat kenaikan dan bergerak di sekitar resistance 0.72500 iaitu paras support minggu lalu. Jika pasaran kekal risk-off, harga berpotensi turun lebih rendah dan mencapai paras 0.71500.

Paras support: 0.72254, 0.71931, 0.71401.
Paras resistance: 0.73107, 0.73637, 0.73960.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat