Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe – 20/9/2018

174

Matawang AUD masih optimis di mana jika dilihat pada pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD masih membuat kenaikan dengan kadar sederhana. Harga telah melepasi paras resistance 0.72300 dan menyentuh paras resistance MagicR2 pada sesi pasaran New York semalam. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan dan berada atas dari paras Magic Pivot 0.7245. Pada awal sesi dagangan Eropah, harga dilihat mendapat sedikit kekuatan untuk membuat kenaikan dan menuju ke paras resistance 0.7288 (MagicR1) di mana harga semasa berada pada paras 0.7267 setakat jam 4 petang.

Jika kenaikan harga diteruskan melepasi paras resistance MagicR1, harga berpotensi membuat Higher High yang baru berkemungkinan ke paras resistance 0.7318 (MagicR2). Seterusnya, harga dilihat bakal menguji paras resistance 0.7361 (MagicS3) yang juga merupakan paras yang menjadi tumpuan harga dan pasaran akan melihat reaksi harga pada paras tersebut.

Namun, jika harga kembali bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot, harga perlu menguji semula zon resistance sebelum ini yang berkemungkinan akan menjadi paras support harga pada 0.7215 (MagicS1). Penurunan harga seterusnya dilihat akan mencecah paras support pada 0.7172 (MagicS2) yang juga sebelum ini menjadi paras tumpuan harga. Kemudiannya, jika harga masih mengalami kejatuhan, harga dijangka akan turun ke paras support 0.7141 (MagicS3).

Bagi memantau pergerakan harga pada chart AUD/USD ini, beri tumpuan terhadap isu perang dagang AS-China dan juga kenyataan dari Perdana Menteri China yang memberi kesan terhadap pasangan matawang tersebut. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal anda.

 

Paras support: 0.7215, 0.7172, 0.7141.

Paras resistance: 0.7288, 0.7318, 0.7361.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat