Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 10/10/2018

206

Pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam yang dilihat menguji paras resistance 0.70900 kemudiannya kembali membuat penurunan pada sesi pasaran Eropah. Namun, nilai matawang USD yang menyusut pada dagangan semalam membantu harga untuk melonjak semula sehingga harga dilihat telah berjaya menembusi paras resistance 0.70900 dan menutup harga lebih tinggi. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga membuat penurunan sehingga melepasi paras Magic Pivot semalam hampir menyentuh paras support MagicS1 walau bagaimanapun kembali melonjak semula sehingga ke paras resistance MagicR1 pada lewat sesi pasaran New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat masih meneruskan kenaikan sehingga ke paras resistance 0.7119 (MagicR1) dan bergerak di sekitarnya. Jika harga menyambung kenaikan yang dibuat sejak semalam, harga bakal menuju ke paras resistance terdekat yang lebih tinggi iaitu pada paras 0.7137 (MagicR2). Seterusnya, harga bakal menguji paras resistance 0.7170 (MagicR3) yang berada pada zon SBR (support become resistance) jika harga masih mengekalkan kenaikan yang dibuat.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7086 hari ini, harga dijangka akan menuju ke paras support 0.7067 (MagicS1) terlebih dahulu sebelum menguji paras support 0.70400 yang belum berjaya ditembusi harga sebelum ini. Dan jika paras support tersebut berjaya harga tembusi (breakout), harga berpotensi untuk turun lebih rendah dan paras yang dilihat akan dicecah harga berkemungkinan pada support 0.7035 (MagicS2) atau lebih rendah lagi iaitu support 0.7016 (MagicS3).

Untuk menentukan paras support dan resistance terbaik pada chart AUD/USD anda, boleh rujuk pada paras-paras harga yang dipaparkan pada indicator Moshed Magic Line bagi melengkapkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 0.7067, 0.7035, 0.7016.

Paras resistance: 0.7119, 0.7137, 0.7170.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat