Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 10/12/2018

162

Di samping data domestik di Australia, matawang dollar AUD turut terkesan daripada perubahan pada ekonomi rakan dagang terbesarnya iaitu China. Selain terjejas dengan perkembangan perang dagang AS-China, data inflasi di China pada bulan November juga mencatatkan kejatuhan pada kadar 2.2% berbanding jangkaan 2.4% dan lebih rendah daripada bacaan inflasi sebelum ini iaitu 2.5%. Data imbangan dagangan pada hujung minggu lalu pula turut menunjukkan bacaan yang membimbangkan. Kesan daripada data-data tersebut dilihat bakal memberi impak kepada dagangan Aussie pada minggu ini. Oleh itu, jika dilihat pada dagangan Jumaat lalu pada chart AUD/USD, harga gagal membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line sebelum terus didagangkan rendah di sekitar paras 0.72000 sehingga dagangan minggu tersebut berakhir.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, kelihatan terdapat jarak (gap) pada pembukaan harga dagangan minggu ini di mana harga memulakan dagangan di sekitar paras support 0.7180 (MagicS1) dan terus membuat kenaikan sehingga melepasi paras Magic Pivot 0.7210 hari ini sekaligus menutup gap pembukaan harga tadi. Harga menuju ke paras resistance 0.7226 (MagicR1) pada penghujung sesi dagangan Asia dan jika harga berjaya membuat lonjakan ke paras lebih tinggi, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance seterusnya yang berada di paras 0.7256 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan akan melihatkan harga menyentuh paras resistance 0.7271 (MagicR3) yang berada di zon tumpuan harga pada chart AUD/USD.

Namun, jika matawang Aussie terus didagangkan merosot dan menarik harga ke paras lebih rendah, harga dijangka akan kembali turun semula ke paras support MagicS1 di paras permulaan harga awal pagi tadi. Jika harga berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga dijangka akan turun melepasi paras support 0.7165 (MagicS2) sebelum turun lebih rendah sehingga ke paras support sekitar 0.7135 (MagicR3).

Terus mengikuti perkembangan pada ekonomi Australia dan rakan dagangnya, China serta perkembangan perang dagang AS-China yang akan terus memberi kesan terhadap pergerakan harga pada chart AUD/USD. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap pada chart AUD/USD anda untuk memudahkan lagi analisis teknikal harian.

 

Paras support: 0.7180, 0.7165, 0.7135.

Paras resistance: 0.7226, 0.7256, 0.7271.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat