Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 11/1/2019

146

Tiada sebarang perubahan ketara pada pergerakan harga untuk sesi dagangan semalam pada chart pasangan matawang AUD/USD. Harga pada mulanya sedikit turun menyentuh paras RBS (resistance become support) pada 0.71800 sebelum harga kemudiannya bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot dan mendatar di bawah paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Rundingan dagangan terbaru Amerika Syarikat dan China yang dilihat positif oleh para pelabur membantu dagangan dollar AUD daripada menyusut sementara USD turut mula mengukuh pada dagangan semalam berikutan kenyataan optimis oleh Jerome Powell. Dengan itu harga dilihat bergerak mendatar dengan kedua-dua nilai matawang dollar USD dan AUD didagangkan seimbang.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga yang memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 0.7176 dilihat membuat kenaikan sedikit melepasi paras ketinggian dagangan semalam dan menguji paras resistance pada 0.7206 (MagicR1) hari ini. Harga yang meneruskan kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju ke paras resistance 0.7228 (MagicR2) dahulu sebelum kenaikan harga seterusnya yang bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru pada chart AUD/USD, dijangka akan menjadikan paras resistance pada 0.7258 (MagicR3) sebagai destinasi kenaikan yang seterusya.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini semula, harga dilihat bakal menguji paras support terdekat iaitu pada 0.7154 (MagicS1) yang berada pada zon RBS semasa pada chart AUD/USD. Kemudian harga akan menguji pula paras terendah pada dagangan Selasa lalu di sekitar paras support 0.7124 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan lebih rendah harga akan menguji pula support yang berada di paras 0.7102 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan pada rundingan dagang AS-China serta data-data ekonomi yang mempengaruhi Aussie serta pergerakan harga pada chart AUD/USD. Tentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart AUD/USD anda dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line supaya memudahkan dagangan anda setiap hari.

 

Paras support: 0.7154, 0.7124, 0.7102.

Paras resistance: 0.7206, 0.7228, 0.7258.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat