Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 12/10/2018

176

Nilai matawang USD yang merosot membantu Aussie untuk membuat kenaikan harga pada chart AUD/USD untuk sesi dagangan semalam. Harga dilihat telah membuat kenaikan dari paras sekitar support 0.70400 sehingga ke paras sekitar 0.71300 di mana harga telah naik melepasi paras Magic Pivot dan juga resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 0.7098 hari ini dilihat cuba untuk menguji paras resistance 0.71300 di mana harga bergerak di sekitar paras tersebut pada awal permulaan sesi. Jika harga berjaya membuat kenaikan ke paras yang lebih tinggi, harga dijangka akan menuju ke paras resistance 0.7153 (MagicR1). Kemudiannya, paras resistance 0.7183 (MagicR2) dilihat paras yang bakal diuji harga jika harga meneruskan kenaikan yang dibuat. Pasaran akan melihat respon harga pada paras ini dan jika harga berjaya breakout paras ini, berkemungkinan harga boleh melonjak sehingga ke paras resistance 0.7238 (MagicR3) untuk menguji pula paras tersebut.

Keadaan pasaran yang berisiko tidak memberi kelebihan kepada matawang Aussie. Jika USD kembali mendapat permintaan dalam pasaran, harga bakal jatuh ke paras lebih rendah dan dijangka harga akan menuju ke paras support 0.7067 (MagicS1) sebelum kembali menguji sekali lagi paras support 0.70400 yang belum berjaya ditembusi sebelum ini. Sekiranya harga berjaya breakout paras support tersebut, harga bakal membuat Lower Low yang baru dan paras yang berpotensi untuk dicecah harga berkemungkinan di paras support 0.7012 (MagicS2) atau support yang lebih rendah iaitu pada paras 0.6982 (MagicS3).

Kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin dalam menghadapi ketidaktentuan sentimen dalam pasaran semasa khususnya pada chart AUD/USD ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk melihat paras support dan resistance terbaik pada chart AUD/USD ini untuk memantapkan lagi analisis teknikal anda.

 

Paras support: 0.7067, 0.7012, 0.6982.

Paras resistance: 0.7153, 0.7183, 0.7238.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat