Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 12/12/2018

150

Matawang dollar AUD yang bergerak sejajar dengan perkembangan ekonomi rakan dagang terbesarnya China dilihat positif dengan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China memberi reaksi yang meyakinkan oleh para pelabur. Berkenaan isu penahanan CFO Huawei baru-baru ini, Mahkamah Kanada dilaporkan telah membebaskan Meng Wanzhou dengan ikat jamin dan penganalisis pasaran beranggapan isu ini tidak memberi impak besar terhadap proses rundingan damai yang dilaksanakan oleh dua ekonomi terbesar dunia itu. Perkembangan yang positif dalam rundingan dagang AS-China dilihat telah mengurangkan risiko dalam sentimen pasaran semasa. Berikutan Aussie yang didagangkan positif serta matawang USD turut mengukuh disokong oleh data domenstik yang baik, pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD dilihat bergerak sederhana dan mendatar. Pada dagangan Selasa, harga membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot dan naik menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam, namun harga kembali membuat penurunan semula ke paras Magic Pivot pada dagangan sesi New York sebelum menutup sesi dagangan di paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 0.7202 hari ini dilihat telah membuat kenaikan sehingga ke paras resistance 0.7224 (MagicR1) namun harga kembali ditekan semula dan harga semasa berada di paras 0.72100 setakat jam 2.57 petang. Jika harga kembali melonjak semula meneruskan kenaikan dan melepasi paras resistance MagicR1, harga berkemungkinan akan menuju ke paras 0.7246 (MagicR2) sebelum kenaikan lebih tinggi boleh dicapai harga di sekitar paras 0.7268 (MagicR3) yang berada di paras tumpuan harga.

Namun, jika harga terus ditekan ke paras lebih rendah dengan matawang USD lebih mendominasi berbanding Aussie, harga dijangka akan turun menguji paras support pada 0.7180 (MagicS1). Seterusnya, harga yang berjaya menembusi paras tersebut akan menuju pula ke paras support lebih rendah di sekitar paras 0.7158 (MagicS2) yang dilihat berpotensi menjadi paras RBS (resistance become support) pada chart AUD/USD. Dan sedikit lagi penurunan akan melihatkan bagaimana harga memberi reaksi terhadap paras support 0.7136 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan rundingan dagang antara AS-China dan kenalpasti sebarang tanda-tanda awal yang berkemungkinan memberi perubahan pada sentimen pasaran semasa. Kaji paras-paras tumpuan harga pada chart AUD/USD dengan merujuk kepada indicator Moshed Magic Line dan lihat keberkesanannya dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 0.7180, 0.7158, 0.7136.

Paras resistance: 0.7224, 0.7246, 0.7268.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat