Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 14/1/2019

145

Matawang dollar AUD pada dagangan minggu lalu dilihat agak stabil berikutan perkembangan positif pada rundingan dagang terbaru antara Amerika Syarikat dan China. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD untuk dagangan Jumaat lalu menunjukkan harga berjaya mencatatkan paras ketinggian semasa yang baru sekitar resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum turun semula dan menutup dagangan minggu lalu sekitar paras 0.72100. Namun, Aussie kembali menerima tekanan ekoran daripada data ekonomi di China yang dikeluarkan pagi ini yang mencatatkan bacaan kurang memberangsangkan. Data imbangan dagangan (trade balance) di China untuk bulan Disember mencatatkan angka yang positif, namun dilihat secara terperinci, kadar eksport telah merekodkan kejatuhan lebih besar daripada jangkaan dan jauh lebih rendah daripada bacaan sebelum ini. Kadar import turut mencatatkan penurunan pada angka bacaan berbanding jangkaan serta data sebelum ini.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga pada mulanya bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot 0.7210 hari ini sebelum data imbangan dagangan China yang dikeluarkan tadi telah menekan harga sehingga ke paras support 0.7185 (MagicS1) dan menguji paras tersebut sehingga ke penghujung sesi Asia. Jika harga meneruskan penurunan melepasi paras tersebut, jangkaan harga akan turun menguji pula paras support 0.7157 (MagicS2) yang berada pada zon RBS (resistance become support) semasa pada chart AUD/USD. Dan sedikit lagi penurunan lebih rendah harga dilihat akan menyentuh paras support 0.7132 (MagicS3).

Namun, jika Aussie kembali mengukuh semula, harga berkemungkinan mampu melonjak semula dan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini sebelum menguji paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu sekitar paras resistance 0.7239 (MagicR1). Seterusnya, harga akan meneruskan lagi kenaikan dan menuju pula ke paras resistance yang berada di 0.7264 (MagicR2). Dan sekiranya harga terus mengekalkan momentum kenaikan, harga boleh mencapai paras ketinggian sehingga ke paras resistance pada 0.7293 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan pada rundingan dagang serta beri perhatian juga terhadap data ekonomi di China dan Australia jika anda ingin terus memantau pergerakan harga pada chart AUD/USD. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart AUD/USD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line bagi memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 0.7185, 0.7157, 0.7132.

Paras resistance: 0.7239, 0.7264, 0.7293.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat