Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 16/1/2019

125

Laporan oleh Westpac Melbourne Institute pada sesi Asia pagi ini menunjukkan indeks keyakinan pengguna di Australia telah menurun pada kadar 4.7% kepada 99.6 pada Januari berbanding 104.4 pada bacaan Disember sebelum ini. Penurunan pada keyakinan pengguna adalah disebabkan faktor kemerosotan harga rumah dan juga laporan terkini pada ekonomi di Australia yang lemah. Selain daripada itu juga, faktor global termasuk kesan daripada isu perang dagangan AS-China serta ketidaktentuan politik turut menyumbang kepada keyakinan pengguna yang menurun dan akan memberi tekanan terhadap dagangan dollar AUD. Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam, harga masih bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot dan hanya mencapai paras ketinggian sekitar paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line pada sesi pasaran Asia semalam. Penurunan terendah pada dagangan harian semalam mencecah ke paras RBS (resistance become support) pada 0.71800 sebelum menutup dagangan sesi New York sekitar paras Magic Pivot.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot 0.7200 hari ini sehingga ke penghujung sesi. Jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi, penurunan harga dijangka akan menguji paras support 0.7174 (MagicS1) yang berada pada zon RBS. Penurunan lebih rendah harga akan menuju pula ke paras zon RBS yang seterusnya di sekitar paras support 0.7154 (MagicS2). Jika harga berjaya melepasi zon RBS tersebut, harga dijangka membuat penurunan ke paras sekitar 0.7129 (MagicS3).

Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan menguji dahulu paras resistance terdekat pada 0.7220 (MagicR1). Seterusnya harga akan meneruskan kenaikan menguji pula paras ketinggian yang dicapai pada dagangan minggu lalu pada chart AUD/USD sebelum menuju ke paras resistance 0.7246 (MagicR2). Jika harga naik lebih tinggi melepasi paras resistance tersebut, harga dilihat berpotensi mencecah sehingga ke paras ketinggian sekitar 0.7266 (MagicR3).

Pantau perkembangan ekonomi di Australia serta sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi nilai matawang Aussie dalam pasaran. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras support dan resistance terbaik pada chart AUD/USD dan memantapkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 0.7174, 0.7154, 0.7129.

Paras resistance: 0.7220, 0.7246, 0.7266.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat