Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 17/9/2018

349

Pada sesi dagangan Jumaat lalu, pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD dilihat tidak berjaya membuat ketinggian yang dibuat pada hari sebelumnya. Harga kemudian terus membuat terjunan ekoran nilai USD yang menguat dan bergerak melepasi paras Magic Pivot dan juga MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line. Pada sesi paras Asia hari ini, harga dilihat didagangkan sederhana di mana harga membuat sedikit kenaikan dan cuba menguji paras resistance 0.71700 dan juga paras Magic Pivot 0.7172 dan harga bergerak di paras 0.71710 setakat jam 5.18 petang.

Jika harga tidak berjaya melepasi (breakout) paras Magic Pivot hari ini, harga dijangka akan kembali menyambung penurunan ke paras support 0.7129 (MagicS1) dan seterusnya ke paras support 0.7106 (MagicS2). Jika harga masih meneruskan lagi penurunan, pasaran akan melihat reaksi harga adakah harga akan berjaya melepasi paras support 0.70900 dan membuat paras terendah (Lower Low) yang baru dan seterusnya jangkaan harga akan menuju ke paras support 0.7063 (MagicS3).

Seballiknya, jika harga berjaya membuat kenaikan dan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan menuju ke paras resistance 0.7195 (MagicR1) terlebih dahulu sebelum menguji paras resistance 0.7239 (MagicR2). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga dijangka akan mencecah ke paras resistance 0.7261 (MagicR3).

Aussie masih menerima tekanan kesan daripada perang dagang antara AS-China yang dilihat masih hangat dimana pasaran menunggu tindakan tarif tambahan terhadap China oleh Presiden Trump. Berwaspada dalam mengawal posisi trade anda dan perhatikan juga paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam trading anda.

 

Paras support: 0.7129, 0.7106, 0.7063.

Paras resistance: 0.7195, 0.7239, 0.7261.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat