Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 18/12/2018

142

Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam, harga dilihat bergerak mendatar di bawah paras Magic Pivot sepanjang hari berikutan kedua-dua matawang didagangkan lemah semalam. Keraguan pelabur terhadap jangkaan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat FOMC nanti mendorong aktiviti pengambilan untung posisi belian USD yang terdahulu. Sementara Aussie pula terkesan daripada isu hubungan dagangan antara Amerika Syarikat dan China yang dilaporkan telah berlaku sedikit ketegangan dalam mesyuarat WTO di mana wakil perdagangan dari dua negara tersebut saling berbalas kenyataan di atas beberapa perselisihan yang timbul. Hal ini sedikit menggusarkan pelabur dan akan memberi kesan terhadap sentimen pasaran semasa.

Namun pada sesi pasaran Asia pagi ini, pergerakan harga pada chart AUD/USD menunjukkan kenaikan berikutan data jualan rumah baru di Australia mencatatkan bacaan kenaikan pada kadar yang tinggi berbanding bacaan sebelum ini. Harga telah bergerak membuat kenaikan dari paras Magic Pivot 0.7176 hari ini dan melepasi paras resistance 0.7186 (MagicR1). Kemudian harga terus menyambung kenaikan sehingga ke paras resistance 0.7195 (MagicR2). Namun selepas menguji paras tersebut harga kembali pantul turun semula ke paras resistance MagicR1. Jika harga berjaya membuat kenaikan semula, jangkaan harga bakal melonjak sehingga ke paras sekitar 0.7204 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga kembali ditekan ke paras rendah semula dan turun melepasi paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan menuju ke paras support 0.7167 (MagicS1) dan seterusnya menuju pula ke paras support 0.7158 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan harga berkemungkinan akan ke paras support 0.7148 (MagicS3) untuk harga menguji paras terendah AUD/USD untuk bulan ini yang dicecah pada dagangan Jumaat lalu.

Pantau perkembangan hubungan dagang antara AS-China yang dilihat kembali mengalami konflik di antara wakil dagangan yang terlibat. Lihat paras-paras support dan resistance pada chart AUD/USD anda untuk mencari paras-paras tumpuan harga berpandukan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal harian.

 

Paras support: 0.7167, 0.7158, 0.7148.

Paras resistance: 0.7186, 0.7195, 0.7204.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat