Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 19/10/2018

160

Matawang AUD dijangka akan terus didagangkan lemah berikutan faktor risiko ekonomi di China yang sedikit membimbangkan ekoran isu perang dagang yang masih berlarutan. Pergerakan harga pada chart AUD/USD semalam dilihat cuba untuk membuat kenaikan dan berjaya melepasi paras Magic Pivot dan juga resistance MagicR1, namun setelah gagal menguji paras 0.71500, harga kembali menjunam sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang dilihat membuat kenaikan dari paras 0.70900 telah pun mencapai paras Magic Pivot 0.7115 hari ini namun harga kelihatan gagal membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot tersebut. Jika harga kembali meneruskan penurunan semula di atas faktor matawang Aussie yang dilihat berisiko, harga berkemungkinan akan menuju ke paras support 0.7079 (MagicS1). Kemudiannya, harga yang menyambung lagi penurunan yang dibuat dijangka akan ke paras support 0.7060 (MagicS2) sebelum harga turun lebih rendah untuk menguji zon major support pada 0.70400. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, berkemungkinan harga boleh mencecah penurunan ke paras support pada 0.7025 (MagicS3).

Sebaliknya, jika AUD berjaya mengukuh kembali dalam pasaran, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 0.7133 (MagicR1). Seterusnya, harga dijangka akan membuat lonjakan mencari paras ketinggian yang baru berkemungkinan ke paras resistance 0.7169 (MagicR2) di mana paras tersebut dilihat berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini. Sekiranya, harga berjaya breakout paras tersebut dan meneruskan lagi kenaikan, dijangka harga akan menuju ke paras resistance yang berada di 0.7188 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan ekonomi di China dan juga isu perang dagang yang mempengaruhi nilai matawang Aussie dan juga pergerakan harga pada chart AUD/USD. Lihat paras-paras tumpuan harga pada chart AUD/USD dengan melihat kepada paras-paras harga yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 0.7079, 0.7060, 0.7025.

Paras resistance: 0.7133, 0.7169, 0.7188.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat