Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 19/11/2018

221

Dollar AUD dilihat antara matawang yang mengukuh pada dagangan minggu lalu disokong oleh data-data ekonomi Australia yang positif. Pasaran buruh menunjukkan angka peningkatan yang memberangsangkan di samping keredaan pada ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China menambahkan lagi faktor untuk Aussie terus mengukuh. Presiden Donald Trump mengatakan beliau mungkin tidak akan mengenakan tambahan tarif ke atas barangan import China jika persetujuan diperoleh di antara kedua-dua pihak. Oleh itu, dapat dilihat pada chart pasangan matawang AUD/USD di mana harga telah membuat lonjakan harga dan mencapai paras ketinggian semasa yang baru. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 dan telah menyentuh paras resistance MagicR2 pada penghujung sesi pasaran New York sebelum dagangan ditutup.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, terdapat jarak (gap) pada pembukaan harga awal pagi tadi yang lebih rendah dari paras harga ditutup minggu lalu. Harga yang memulakan dagangan berhampiran paras Magic Pivot 0.7306 hari ini mula membuat kenaikan seawal sesi bermula namun kembali turun semula menguji paras Magic Pivot pada penghujung sesi pasaran Asia. Jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan turun menuju ke paras support 0.7274 (MagicS1) sebelum penurunan seterusnya dilihat akan menguji paras tumpuan harga pada paras sekitar 0.7218 (MagicS2). Jika harga berjaya meneruskan lagi kenaikan melepasi paras itu, dijangka harga akan menuju pula ke paras support yang lebih rendah yang dilihat berada pada 0.7186 (MagicS3).

Namun, jika dagangan Aussie pada minggu ini terus mengukuh, harga bakal menyambung kenaikan pada chart AUD/USD dan dilihat akan menuju ke paras resistance terdekat iaitu pada 0.7361 (MagicR1). Harga yang berjaya melepasi resistance tersebut, akan meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance 0.7394 (MagicR2) sebelum harga terus mencari paras ketinggian baru berkemungkinan menguji paras 0.7449 (MagicR3) yang menjadi zon ketinggian yang diuji harga pada dagangan Ogos lalu.

Fokus pasaran akan terarah pada minit mesyuarat polisi monetari oleh Reserve Bank of Australia (RBA) pada pagi esok. Terus ikuti perkembangan perang dagang AS-China yang masih menjadi tumpuan pasaran bersambung pada minggu ini. Kawal dagangan anda pada chart AUD/USD dengan melihat pada paras tumpuan harga yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 0.7274, 0.7218, 0.7186.

Paras resistance: 0.7361, 0.7394, 0.7449.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat