Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 19/12/2018

102

Matawang dollar AUD masih dilihat sebagai dagangan berisiko ekoran terkesan daripada isu perselisihan dalam mesyuarat WTO melibatkan dua wakil perdagangan dari Amerika Syarikat dan China. Isu ini dilihat kembali menimbulkan semula ketegangan pada perang dagang sebelum ini. Secara teknikal, dilihat pergerakan harga pada chart AUD/USD pada dagangan semalam agak mendatar dan bergerak di antara paras resistance MagicR1 dan resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam berikutan matawang USD turut didagangkan lemah. Namun, harga sedikit menunjukkan penurunan pada sesi pasaran New York turun melepasi paras Magic Pivot dan menyentuh paras support MagicS1 sebelum kembali pantul dan menutup dagangan semalam di sekitar paras Magic Pivot semula.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 0.7181 hari ini dilihat membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut dan menuju ke paras resistance 0.7198 (MagicR1). Harga kemudian menguji paras tersebut buat seketika sebelum kembali menunjukkan penurunan selepas gagal melepasi paras tersebut. Namun jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi paras resistance tersebut semula, harga bakal menuju ke paras resistance di paras yang lebih tinggi sekitar 0.7220 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan bakal melihatkan harga menguji zon ketinggian semasa pada chart AUD/USD sekitar paras 0.7237 (MagicR3).

Sebaliknya, jika pergerakan harga menunjukkan penurunan berlaku dan harga turun lebih rendah semula dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan penurunan harga akan menuju ke paras support 0.7160 (MagicS1). Seterusnya harga akan cuba melepasi paras support pada dagangan minggu lalu dan turun ke paras sekitar 0.7143 (MagicS2). Sekiranya harga berjaya melepasi penurunan lebih rendah dari paras tersebut, harga bakal mencari paras terendah semasa yang baru pada chart AUD/USD di sekitar paras 0.7122 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan hubungan dagang antara AS-China di mana sebarang konflik yang timbul akan memberi kesan terhadap sentimen dalam pasaran semasa dan Aussie antara matawang yang paling ketara menerima kesannya. Terus rujuk pada indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal harian anda untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih jelas dan berkualiti.

 

Paras support: 0.7160, 0.7143, 0.7122.

Paras resistance: 0.7198, 0.7220, 0.7237.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat