Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 19/9/2018

191

Walaupun isu perang dagang semakin hangat di antara Amerika Syarikat dan China, Perdana Menteri China mengatakan bahawa prospek dasar ekonomi di China masih kukuh dan memberi jaminan bahawa China tidak akan menurunkan nilai matawang mereka untuk menjadikan eksportnya lebih berdaya saing. Faktor yang dilihat positif oleh pelabur ini turut memberi impak positif terhadap matawang AUD. Jika dilihat pada pergerakan harga pada chart AUD/USD semalam, harga membuat lonjakan dari paras support MagicS1 melepasi Magic Pivot dan seterusnya ke paras resistance MagicR1 namun tidak berjaya menyentuh paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia, harga dilihat masih bergerak di zon resistance 0.72300-0.72100 dan telah breakout zon tersebut pada lewat sesi Asia dan menyentuh paras resistance 0.7245 (MagicR1) di mana harga semasa didagangkan pada paras 0.72430 setakat jam 4.07 petang. Jika harga terus membuat kenaikan, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 0.7274 (MagicR2) atau membuat Higher High yang baru berkemungkinan ke paras resistance 0.7325 (MagicR3) yang dilihat sebagai paras tumpuan harga.

Sebaliknya, jika AUD kembali terkesan dengan impak negatif daripada isu perang dagang, harga dijangka akan mengalami kejatuhan dan turun ke paras Magic Pivot 0.7195 terlebih dahulu sebelum menguji paras support 0.7166 (MagicS1) yang dilihat berdekatan zon support 0.71700. Jika harga terus didagangkan rendah, penurunan harga dijangka akan menuju ke paras support 0.7115 (MagicS2) dan seterusnya ke paras support 0.7087 (MagicS3). Zon tersebut juga dilihat sebagai paras yang bakal diuji harga dimana harga tidak berjaya breakout paras tersebut sebelum ini.

Beri tumpuan terhadap kedua-dua ekonomi terbesar dunia dalam episod perang dagang yang semakin memuncak dan memberi kesan kepada matawang-matawang utama dunia khususnya AUD. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan dalam trading anda.

 

Paras support: 0.7166, 0.7115, 0.7087.

Paras resistance: 0.7245, 0.7274, 0.7325.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat