Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 2/1/2019

132

Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD untuk dagangan penghujung tahun 2018, harga bergerak mendatar dengan kedua-dua matawang didagangkan perlahan. Pada dagangan Jumaat, harga bergerak di antara julat paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Namun pada sesi Asia untuk hari pertama dagangan tahun 2018 pada Rabu, matawang dollar AUD sedikit terkesan ekoran data pembuatan di China menunjukkan penurunan pada angka bacaan.

Harga pada chart AUD/USD yang didagangakan di sekitar paras Magic Pivot 0.7048 hari ini menunjukkan penurunan setelah data tersebut dikeluarkan sehingga mencecah ke paras support 0.7010 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Namun, pada penghujung dagangan Asia, harga kembali membuat kenaikan semula dari paras tersebut dan naik melepasi paras support 0.7026 (MagicS1) sebelum menuju ke paras Magic Pivot semula. Namun, jika harga kembali ditekan ke paras lebih rendah semula, penurunan harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 0.6988 (MagicS3) untuk harga mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada chart AUD/USD.

Namun, jika kenaikan harga berjaya menembusi paras Magic Pivot 0.7048, paras awal kenaikan adalah dilihat menuju ke paras resistance terdekat di paras 0.7064 (MagicR1). Seterusnya, harga yang berjaya bergerak ke paras lebih tinggi dari dagangan minggu lalu bakal menuju pula ke paras resistance yang berada di sekitar 0.7086 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan yang diteruskan akan melihatkan harga menyentuh paras resistance pada 0.7103 (MagicR3) untuk harga terus mencatatkan paras ketinggian semasa yang baru pada chart AUD/USD.

Ikuti perkembangan ekonomi di China serta isu perang dagang antara AS-China yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart AUD/USD dari masa ke masa. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk anda menentukan paras-paras terbaik bagi mencari peluang posisi dagangan pada chart AUD/USD anda.

 

Paras support: 0.7026, 0.7010, 0.6988.

Paras resistance: 0.7064, 0.7086, 0.7103.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat