Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 23/11/2018

212

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam dilihat agak mendatar dan bergerak turun naik di sekitar paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam. Aussie yang mengukuh pada hari sebelumnya kemudian didagangkan lemah kembali setelah tumpuan pasaran beralih ke arah perkembangan Brexit yang memberi impak besar dalam pasaran semalam dan juga tiada data ekonomi di Australia yang menggerakkan nilai dollar AUD. Perkembangan perang dagang antara AS-China masih menjadi salah satu tumpuan pelabur namun kedua-dua pihak dilihat menampakkan usaha untuk rundingan yang lebih positif untuk masa depan hubungan dagang mereka. Harga yang cuba membuat penurunan semalam dilihat gagal melepasi paras 0.72400 setelah beberapa kali mengujinya sebelum menutup harga di sekitar paras Magic Pivot semula.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih dilihat bergerak mendatar sejak awal sesi bermula di sekitar paras Magic Pivot 0.7252 dan sedikit membuat penurunan menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga dilihat terus membuat penurunan, paras support pada 0.7236 (MagicS1) dilihat paras awal yang akan dituju harga untuk menguji paras terendah harian pada dagangan semalam. Harga yang menyambung penurunan berkemungkinan menuju pula ke paras support pada 0.7218 (MagicS2). Dan seterusnya jika harga masih mengekalkan penurunan yang dibuat, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 0.7202 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menguji paras ketinggian semasa yang dicapai pada kenaikan Rabu lalu di sekitar paras resistance 0.7270 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya akan menguji pula zon minor SBR (support become resistance) pada chart iaitu sekitar paras 0.7286 (MagicR2). Sekiranya harga masih meneruskan pendakiannya, paras resistance pada 0.7304 (MagicR3) dilihat akan menjadi destinasi kenaikan harga yang seterusnya.

Terus mengikuti perkembangan perang dagang AS-China dan juga ekonomi di Australia yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart AUD/USD. Gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan anda dalam mendapatkan analisis teknikal harian yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 0.7236, 0.7218, 0.7202.

Paras resistance: 0.7270, 0.7286, 0.7304.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat