Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 24/12/2018

147

Matawang Aussie antara yang didagangkan merosot nilainya pada dagangan minggu lalu ekoran terkesan daripada perselisihan dalam hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan China serta gagal menarik perhatian para pelabur walaupun suasana pasaran yang berisiko mampu meningkatkan permintaan terhadap matawang berpulangan tinggi seperti Aussie. Secara teknikal, pergerakan harga pada chart pasangan matawang terus menyambung penurunan sehingga dagangan penghujung minggu lalu di mana harga turun lebih rendah menuju ke paras support sekitar 0.70200 yang telah diuji pada dagangan Oktober lalu.

Permulaan dagangan Isnin untuk sesi pasaran Asia menunjukkan harga cuba untuk membuat kenaikan dan telah menyentuh paras Magic Pivot 0.7060 hari ini dan menguji paras tersebut buat seketika. Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, paras resistance yang terhampir sekitar 0.7092 (MagicR1) dilihat paras awal yang akan diuji harga. Kemudiannya, harga dijangka akan naik menguji pula paras resistance 0.7154 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance) semasa pada chart AUD/USD. Sedikit lagi kenaikan akan menguji pula paras 0.7186 (MagicR3) yang turut merupakan paras tumpuan harga.

Namun, jika harga kembali menyambung penurunan minggu lalu, harga bakal breakout paras major support 0.70200 dan menuju ke paras support 0.6998 (MagicS1). Sedikit lagi penurunan akan menyentuh pula paras support 0.6966 (MagicS2). Dan sekiranya harga terus mengekalkan momentum penurunannya, harga bakal mencatatkan paras terendah yang baru pada chart AUD/USD sehingga ke paras serendah 0.6904 (MagicS3).

Sentiasa ikuti perkembangan semasa pada hubungan dagang AS-China yang mempengaruhi rakan dagang Australianya dan turut menggerakkan nilai matawang Aussie dalam pasaran. Kawal risiko dagangan anda setiap masa dan rujuk indicator Moshed Magic Line untuk mencari peluang posisi dagangan terbaik menerusi analisis teknikal yang anda sediakan.

 

Paras support: 0.6998, 0.6966, 0.6904.

Paras resistance: 0.7092, 0.7154, 0.7186.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat